musallah Almuhklishin


Pengenalan

Pembinaan Musalla ini bermula pada  6 Oktober 2016 dan telah siap sepenuhnya pada  15 Febuari 2017. Pembinaan ini hasil usaha idea YDP PIBG En. Shukri bin Salleh dan Ketua Sektor Pembangunan En. Jefny Bin Muhammad. Maka pihak sekolah bersetuju untuk membina surau berkenaan. Kapasiti surau berkeluasan 1000 kaki persegi. Ia dapat menampung 400 orang murid dalam satu masa. Kos untuk membina musalla ini sebanyak RM 180 000. Dana untuk membina musalla ini diperolehi daripada duit kutipan derma oleh orang awam, ibu bapa, badan koporat,  pembelanjaan daripada Jabatan Pelajaran Kelantan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pembangunan Persekutuan




KATA-KATA ALUAN PN GURU BESAR

ASSALAMUALAIKUM...

SAYA MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA JAWATANKUASA MUSOLLA KERANA BERJAYA MENGHASILKAN BUKU PENGURUSAN MUSOLLA DAN AKTIVITI-AKTIVITI KEAGAMAAN DI SEKOLAH.

KITA MENYEDARI BAHAWA SURAU BUKAN SEKADAR TEMPAT UNTUK MENGERJAKAN IBADAT SOLAT DAN AMALI PENDIDIKAN ISLAM SEMATA-MATA MALAH IA JUGA BERFUNGSI SEBAGAI PUSAT BINA INSAN MELALUI PELAKSANAAN AKTIVITI-AKTIVITI KEAGAMAAN YANG TERANCANG, KEMAS, MENARIK DAN SISTEMATIK. SEMOGA DENGAN PENGHAYATAN SURAU AKAN DAPAT MELAHIRKAN GOLONGAN PELAJAR YANG BERWIBAWA SERTA MAMPU MENGHADAPI CABARAN SEMASA.

SEMOGA USAHA INI DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH S.W.T DAN KEPADANYA JUA DIPOHONKAN GANJARAN YANG SETIMPAL.

SEKIAN, WASSALAM.





...................................

(HJH HAMIDAH BT RAMLI)
GURU BESAR
SK MEKASAR
PASIR MAS, KELANTAN





KATA-KATA ALUAN PK HEM

ASSALAMUALAIKUM...

SAYA MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA JAWATANKUASA MUSOLLA KERANA TELAH BERJAYA MENGHASILKAN BUKU PENGURUSAN MUSOLLA INI.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN YANG DIRAKAMKAN KEPADA UNIT PENDIDIKAN ISLAM YANG TELAH BANYAK MENGADAKAN AKTIVITI-AKTIVITI KEAGAMAAN DI SEKOLAH AMNYA DAN KHASNYA AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIADAKAN DI MUSOLLA SEKOLAH INI.

HARAPAN SAYA SEMOGA USAHA MURNI INI MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADA ALLAH S.W.T

SEKIAN, WASSALAM.







.................................................

EN MOHD SANUSI BIN JAAFAR

PK HEM
SK MEKASAR
PASIR MAS

VISI


PUSAT KECEMERLANGAN KE ARAH MODAL INSAN YANG CEMERLANG DUNIAWI DAN UKHRAWI




MISI

MEREALISASIKAN FUNGSI SURAU SEKOLAH SEBAGAI TEMPAT UNTUK MELAKSANAKAN AKTIVITI KEAGAMAAN BAGI MEMUPUK NILAI NURANI PELAJAR KE ARAH MENCAPAI KECEMERLANGAN SAHSIAH




MATLAMAT


  SETIAP PROGRAM YANG DIJALANKAN DIHARAPKAN DAPAT MENINGKATKAN KUALITI PENGGUNAAN SURAU DI SEKOLAH DENGAN MENCAPAI TAHAP CEMERLANG DAN GEMILANG. DIHARAPKAN IA DAPAT DIJADIKAN KESINAMBUNGAN UNTUK MENCAPAI KUALITI PEMBENTUKAN WARGA SEKOLAH YANG BERKUALITI.

OBJEKTIF:

1.  MURID MENJADIKAN SURAU SEBAGAI TEMPAT IBADAH DAN TEMPAT AKTIVITI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN ISLAM .

2.  AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIRANCANG DAPAT MENDIDIK MURID BERAKHLAK MULIA DAN TERPUJI.
________________________________________________________________

PIAGAM PELANGGAN SURAU AL-MUKHLISIN

Pihak pengurusan surau beriltizam untuk menjadikan surau sebagai :
Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti  keagamaan.
Surau mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.
Memastikan surau sebagai satu tempat ibadat yang kondusif dan selesa.
Memastikan semua pelajar muslim memperolehi ilmu fardhu ain yang sempurna.
Memaksimumkan penggunaan surau untuk pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar dalam membina modal insan yang sempurna.
--------------------------------------------------------------------------------------------
CARTA ORGANISASI INDUK

SEK. KEB. MEKASAR
PASIR MAS

CARTA ORGANISASI
MUSOLLA AL-MUKHLISIN


PENASIHAT
TN.HJ. AHMAD TERMIZI BIN HJ MUSA A.S.K
PPD PASIR MAS



PENGERUSI
HJH. HAMIDAH BT RAMLI
( GURU BESAR )


TIMB. PENGERUSI
RAHIM BIN TAIB
( PK PENTADBIRAN )


NAIB PENGERUSI
MOHD SANUSI B. JAAFAR
( PK HEM )


SETIAUSAHA
WAN JAMILUDDIN B. WAN IBRAHIM

TIMB. SETIAUSAHA
SITI HAJAR BT. ISMAIL

BENDAHARI
WAN NORIAH BT. WAN MUSA

Jawatankuasa Dakwah dan Ibadat
MOHD ZAIDI B. HUSAIN
ZUBIR B. AHMAD   
W. JAMILUDDIN IBRAHIM      
                                                   
JK PENERBITAN DAN 
MINI PERPUSTAKAAN

ZAITON BT. MUDA
NOOR HEEDAYAH MUSTAPHA
W. ROSILAWATI ABDULLAH
FADZILLAH JAAFAR
                        
 JK KEBERSIHAN &
KECERIAAN
NORLIZA MOHD NAWI
NABLAH EL-MUHAMMADY
NOR KAMARIAH ABDULLAH

JK KEBAJIKAN & PERALATAN 

MARLIZA ABD RAHMAN   
AFIQAH YUMNI 
NOOR HIDAYU ZAKARIA
                              
JK TARBIAH & NADWAH
NORIHA BT YUSOFF
CHE ROHANI CHE MAT
NURUL AAINA MUSADDIK

JK KESELAMATAN & DISIPLIN
            FARHANAH MOHD PAUZI
               RUHAYATI ZAKARIA

                                   NOR ASMA AMIRA




CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA
MUSOLLA AL-MUKHLISIN
PERINGKAT MURID



KETUA
M. IMTIAZ DARWISH MOHD SOFIAN(6A)

PEN. KETUA
NURUL HUSNA SHAHIRAH ABD. RAHMAN(6A)

SETIAUSAHA
NUR AMALIN AISYAH BT. BAHARIN(6B)

PEN. SETIAUSAHA
NIK ALIA RASYIDAH NIK AZMI(5A)

BENDAHARI
NUR KHADIJA BALQIS BT. JUZAIMY(6A)

AJK
NUR ZULAIKHA BT AZMI(6B)
NUR NAZIFAH BT. MAS ALI(6A)
NURSHAMIME BT ALIAS(5A)
NUR ALYA MOHD FAZLISAH(5A)
MOHD ADIB B. SAAT(4A)
AMIRUL HAZIMI B. MOHD(4A)
NURSHA AUNI(4A)
KHAIRA BT ZAINUDDIN(4A)        
           

                        
           

       
         





                                          Gambar 1.1:   Semasa bermula pembinaan.

                                           Gambar 1.2:  50 peratus sudah siap
1.3 : 90 peratus  sudah siap

1.5: Membeli sebuah Kubah Masjid Terpakai 



1.4: Surau ini juga dibina sebuah kolah untuk tempat ambil air sembahyang lelaki.


                                       Gambar 1.5 : Musalla ini dirasmikan oleh Tuan KP Kewangan Kementerian                                           Pelajaran Malaysia Dato' Abdul Wahid Bin Ahmad.

PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN MUSOLLA AL-MUKHLISIN
SEK. KEB. MEKASAR


bil
Perancangan aktiviti tahunan
bulan
tindakan
sasaran
1
Mesyuarat panitia kali-1
jan
Ketua panitia
setiausaha
Semua guru pen.
islam
2
Mesyuarat AJK musolla kali-1
feb
Pengerusi
setiausaha
Semua AJK
3
Keceriaan musolla
mac
AJK keceriaan
Semua AJK
4
Solat berjemaah ( solat zohor )
Sepanjang tahun
Ust. Zaidi
Ust. Wan Jamiluddin
Ust. zubir
Murid tahun 6
5
Tazkirah pagi
Perhimpunan pagi
Ustaz/ustazah
Semua murid
6
Melatih murid-murid dalam tilawah, tahfiz dan bercerita
Feb-mac
Semua guru pendidikan islam
Guru KAFA
Murid yang mengambil bahagian
7
Hafalan zikir
5 minit sebelum mulakan pelajaran
Ust/ustazah
Semua murid
8
Mesyuarat AJK Musolla kali ke-2
ogos
Semua AJK musolla
Semua AJK
9
Kegiatan kebajikan
Sepanjang tahun
Ustazah marliza
Semua murid
10
Solat hajat
Sepanjang tahun
Ustaz zaidi
Murid tahun 6
11
Edarah risalah agama (puasa)
okt
Ustazah heedayah
Semua murid
12
Pertandingan azan/iqamah
julai
Ustazah farhanah
Ustazah zaiton
Murid tahun 5
13
Sambutan hari kebesaran islam(maulidurrasul)
jun
Ketua panitia
setiausaha
Semua warga SK mekasar
14
Majlis tadarus al-quran peringkat zon bandar
mac
PK KO
Ketua panitia
setiausaha
Peserta pertandingan
15
Tazkirah berkaitan kebersihan diri murid perempuan
julai
Ustazah yang mengajar tahun 5&6
Murid tahun 5&6
PERATURAN SURAU  AL-MUKHLISIN
PERATURAN AM

  1. Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang ditetapkan.
  2. Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat melaksanakan amali pendidikan Islam, menyambut hari-hari kebesaran Islam dan aktiviti-aktiviti  pendidikan serta kemasyarakatan.
  3. Kebersihan dan keceriaan surau serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.
  4. Semua barang dan peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat.Ia tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.
  5. Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah tanpa mendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa surau
  6. Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat melepak,menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya.
  7. Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan suis-suis lampu,kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.
  8. Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam surau ini perkara-perkara berikut:-
  • Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya.
  • Bahan-bahan dan gambar lucah,majalah-majalah hiburan dan  penerbitan yang berunsur politik serta risalah-risalah ajaran sesat
  • Makanan dan minuman.





PERATURAN SURAU AL-MUKHLISIN
PERATURAN KHAS TATASUSILA DI SURAU AL-MUKHLISIN

  1. Memakai pakaian yang suci,bersih,kemas dan bersopan ketika ke surau.
  2. Dilarang memakai baju T.shirt yang ”fancy” yang mengandungi gambar-gambar yang tidak sesuai.
  3. Masuk ke surau dengan mengambil wudhuk terlebih dahulu.
  4. Masuk dengan kaki kanan serta keluar dengan kaki kiri yang disertakan dengan doa.
  5. Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih dahulu.
  6. Merapatkan saf dan menghidupkan budaya salam dan berjabat tangan dengan jemaah yang lain.
  7. Duduk dengan keadaan yang khusyuk,bersopan serta menghadap kiblat.
  8. Memperbanyakkan zikrullah ketika berada disurau.
  9. Tidak membuat bising ketika berada di dalam surau.
  10. Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna.
  11. Dilarang melintas di hadapan orang yang sedang solat.
  12. Digalakkan berwirid,berdoa dan bersalaman sebelum meninggalkan surau.

Comments